Friday 29 March 2013

Ahli Syurga...

Bismillah,
Saya rindu,
Rindu mereka2 ni..

hai awak! :)


apa tengok2?  :)


merenung masa depan :)

awak ambik gmbar saya ke? :)

assalamualaikum.. :)

:)

ambik la gambar saya! :)
Nabi SAW sentiasa mendoakan Hasan dan Husin semasa masih kecil.
أُعِيذُكَ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّة وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لَامَّة
‘U’izuka/ki bikalimatillahit taammati min kulli syaitonin wa haammatin, 
wa min kulli aynin laammah
Aku memohon perlindungan kpd budak lelaki/budak perempuan ini, dengan kalimah Allah yang sempurna, daripada syaitan dan bisikannya, dan daripada mata yang menyihir (panahan sihir melalui pandangan mata).
(Hadis Asal berbunyi أعيذكما  ditujukan kepada dua anak lelaki, iaitu Hasan dan Husin)
(HSR Bukhari 1126, Sahih Ibn Majah 3525, Sahih Ibn Hibban 1012)

fahmi hensem.. :)

abang arsyad :)

kakak alya :)

hei,jgn tutup! Fahmi kat dalam ni.. :)

pengganti khairul fahmi c.mat.. ada rupa x? :)

bersinar mata awak.. :)

dua beradik osem :)

membaca kegemaran saya! :)

(( كُلُّ مَوْلُودٍ يُولَدُ عَلى الْفِطْرَة، فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ، وَيُنَصِّرَانِهِ، وَيُمَجِّسَانِهِ كَمَثَلِ الْبَهِيمَةِ تُنْتَجُ الْبَهِيمَةَ هَلْ تَرَى فِيهَا جَدْعَاءَ))
“Setiap kelahiran (anak kecil) dilahirkan dalam keadaan fitrah, maka kedua ibu bapanya menyahudikannya, atau menasranikannya, atau memajusikannya, sebagaimana haiwan melahirkan (mengeluarkan) haiwan, adakah kamu lihat padanya sebarang kecacatan (kekurangan/kelainan)”
(HSR Bukhari No. Hadis 1296, Muslim No. Hadis 6828)

Biar gambar berbicara..
Aku rindu mereka,
mereka2 yang dikatakan ahli syurga!

#kanak2itubersih#
cuti semester bakal menjelma..yeay!!
(Tata!)

Friday 1 February 2013

Terkutuk!


Bismillah,

Hai manusia,
hargailah, rasailah dan kenalilah erti hidup ini dengan sebenar-benarnya..
agar kau mampu mengecapi bahagia!
Orang yang tidak mengenali hikmat kejadian dirinya adalah lebih hina dari kasutnya sendiri, sebab kasut itu ada  hikmat, sedang dia tidak mengetahui hikmat ciptaan dan kewujudan dirinya sendiri. 
Manusia pernah cuba mengenali hikmah keadiannya tetapi mereka gagal. Lalu salah seorang dari mereka bermadah,

جئت لا اعلم من اين ؟ ولكني أتيت
ولقد أبصرت قدامي طريقاٌ فمشيت...

وسأبقى سائر إن شئت هذا أم أبيت

كيف جئت ؟ كيف أبصرت طريقي ؟ لست أدري
ولماذا لست أدري
-aku datang tanpa aku mengetahui dari mana, tetapi aku tetap (sudah) datang.
Aku melihat jalan lalu aku berjalan
Aku tetap akan berjalan sama ada aku suka atau tdak suka.
-bagaimanakah aku datang dan bagaimanakah aku melihat jalanku? Aku tidak tahu.
Dan kenapa (demikian) aku tidak tahu? Aku tidak tahu!

Huh!! Nampak tak betapa maksud madah itu menunjukkan seorang yang hidup di dunia ini hanya untuk menunggu mati..
Tidak mengerti apa tujuan hidup, apatah lagi matlamat, visi, misi, objektif dan segala bagai lagi lah untuk hidup..
So, ketahuilah oleh mu bahawasanya Allah tak pernah menjadikan sesuatu itu dengan sia2 apatah lagi kejadian manusia yang merupakan ahsana takwim (sebaik- baik kejadian) !
Tapi sayang, ramai manusia hari ini tdak menghayati erti kehidupan sebenar yang digariskan dalam islam..
Dunia dijadikan habuan, Akhirat dijadikan bahan mainan! Astagfirullah...

amiin :)

Ibnu Abu Dunya menyebut, bahawa al-Hasan al-Basri menulis surat kepada Umar bin Abdul Aziz.
Antara isi kandungan surat tersebut ialah,

“sesungguhnya dunia adalah negeri yang akan pergi dan tidak abadi. Adam diturunkan kepadanya sebagai hukum baginya. Oleh itu, berhati-hatilah terhadapnya wahai amirul mukminin. Sesungguhnya bekalan di dunia ialah dengan meninggalkannya dan kaya di dalamnya ialah dengan tidak memilikinya."

"Berhati-hatilah terhadap dunia yang menipu, khianat dan memperdaya. Ia berhias dengan tipuan, berdandan dengan muslihat, membuat gila dengan angan-angan dan membuat rindu para pelamarnya sehingga ia menjadi seperti pengantin yang menjadi tumpuan perhatian "

"Dunia di sisi Allah tidak ada harga dan nilainya. Dia tidak melihat kepadanya sejak Dia menciptakannya. Sungguh dunia dengan kunci-kuncinya dan semua kekayaannya lebih rendah di sisi Allah dari sayap lalat pernah diperlihatkan kepada Nabi kita kemudian baginda menolaknya. Baginda tidak mencintai sesuatu yang dibenci Allah atau mengangkat apa yang direndahkan Pemiliknya."

O Allah..

Khulasoh dan inti pati yang tertulis dalam surat ini semua mengenai peringatan supaya tidak terpedaya dengan dunia,
Sahabatku fillah, jom kita renungkan bersama..
adakah kita hari ini sudah diserang dengan penyakit wahan (cintakan dunia).. na'uzubillah..
 Andai kita mengerti, betapa sakitnya penyakit ini, nescaya segala penawar kita cari untuk menyembuhkannya :)

"Dunia ini terkutuk dan terkutuk apa sahaja yang ada di dalamnya kecuali zikir kepada Allah dan apa sahaja yang berpihak kepada Allah"

#akunaksyurga#