Friday 29 March 2013

Ahli Syurga...

Bismillah,
Saya rindu,
Rindu mereka2 ni..

hai awak! :)


apa tengok2?  :)


merenung masa depan :)

awak ambik gmbar saya ke? :)

assalamualaikum.. :)

:)

ambik la gambar saya! :)
Nabi SAW sentiasa mendoakan Hasan dan Husin semasa masih kecil.
أُعِيذُكَ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّة وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لَامَّة
‘U’izuka/ki bikalimatillahit taammati min kulli syaitonin wa haammatin, 
wa min kulli aynin laammah
Aku memohon perlindungan kpd budak lelaki/budak perempuan ini, dengan kalimah Allah yang sempurna, daripada syaitan dan bisikannya, dan daripada mata yang menyihir (panahan sihir melalui pandangan mata).
(Hadis Asal berbunyi أعيذكما  ditujukan kepada dua anak lelaki, iaitu Hasan dan Husin)
(HSR Bukhari 1126, Sahih Ibn Majah 3525, Sahih Ibn Hibban 1012)

fahmi hensem.. :)

abang arsyad :)

kakak alya :)

hei,jgn tutup! Fahmi kat dalam ni.. :)

pengganti khairul fahmi c.mat.. ada rupa x? :)

bersinar mata awak.. :)

dua beradik osem :)

membaca kegemaran saya! :)

(( كُلُّ مَوْلُودٍ يُولَدُ عَلى الْفِطْرَة، فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ، وَيُنَصِّرَانِهِ، وَيُمَجِّسَانِهِ كَمَثَلِ الْبَهِيمَةِ تُنْتَجُ الْبَهِيمَةَ هَلْ تَرَى فِيهَا جَدْعَاءَ))
“Setiap kelahiran (anak kecil) dilahirkan dalam keadaan fitrah, maka kedua ibu bapanya menyahudikannya, atau menasranikannya, atau memajusikannya, sebagaimana haiwan melahirkan (mengeluarkan) haiwan, adakah kamu lihat padanya sebarang kecacatan (kekurangan/kelainan)”
(HSR Bukhari No. Hadis 1296, Muslim No. Hadis 6828)

Biar gambar berbicara..
Aku rindu mereka,
mereka2 yang dikatakan ahli syurga!

#kanak2itubersih#
cuti semester bakal menjelma..yeay!!
(Tata!)

Friday 1 February 2013

Terkutuk!


Bismillah,

Hai manusia,
hargailah, rasailah dan kenalilah erti hidup ini dengan sebenar-benarnya..
agar kau mampu mengecapi bahagia!
Orang yang tidak mengenali hikmat kejadian dirinya adalah lebih hina dari kasutnya sendiri, sebab kasut itu ada  hikmat, sedang dia tidak mengetahui hikmat ciptaan dan kewujudan dirinya sendiri. 
Manusia pernah cuba mengenali hikmah keadiannya tetapi mereka gagal. Lalu salah seorang dari mereka bermadah,

جئت لا اعلم من اين ؟ ولكني أتيت
ولقد أبصرت قدامي طريقاٌ فمشيت...

وسأبقى سائر إن شئت هذا أم أبيت

كيف جئت ؟ كيف أبصرت طريقي ؟ لست أدري
ولماذا لست أدري
-aku datang tanpa aku mengetahui dari mana, tetapi aku tetap (sudah) datang.
Aku melihat jalan lalu aku berjalan
Aku tetap akan berjalan sama ada aku suka atau tdak suka.
-bagaimanakah aku datang dan bagaimanakah aku melihat jalanku? Aku tidak tahu.
Dan kenapa (demikian) aku tidak tahu? Aku tidak tahu!

Huh!! Nampak tak betapa maksud madah itu menunjukkan seorang yang hidup di dunia ini hanya untuk menunggu mati..
Tidak mengerti apa tujuan hidup, apatah lagi matlamat, visi, misi, objektif dan segala bagai lagi lah untuk hidup..
So, ketahuilah oleh mu bahawasanya Allah tak pernah menjadikan sesuatu itu dengan sia2 apatah lagi kejadian manusia yang merupakan ahsana takwim (sebaik- baik kejadian) !
Tapi sayang, ramai manusia hari ini tdak menghayati erti kehidupan sebenar yang digariskan dalam islam..
Dunia dijadikan habuan, Akhirat dijadikan bahan mainan! Astagfirullah...

amiin :)

Ibnu Abu Dunya menyebut, bahawa al-Hasan al-Basri menulis surat kepada Umar bin Abdul Aziz.
Antara isi kandungan surat tersebut ialah,

“sesungguhnya dunia adalah negeri yang akan pergi dan tidak abadi. Adam diturunkan kepadanya sebagai hukum baginya. Oleh itu, berhati-hatilah terhadapnya wahai amirul mukminin. Sesungguhnya bekalan di dunia ialah dengan meninggalkannya dan kaya di dalamnya ialah dengan tidak memilikinya."

"Berhati-hatilah terhadap dunia yang menipu, khianat dan memperdaya. Ia berhias dengan tipuan, berdandan dengan muslihat, membuat gila dengan angan-angan dan membuat rindu para pelamarnya sehingga ia menjadi seperti pengantin yang menjadi tumpuan perhatian "

"Dunia di sisi Allah tidak ada harga dan nilainya. Dia tidak melihat kepadanya sejak Dia menciptakannya. Sungguh dunia dengan kunci-kuncinya dan semua kekayaannya lebih rendah di sisi Allah dari sayap lalat pernah diperlihatkan kepada Nabi kita kemudian baginda menolaknya. Baginda tidak mencintai sesuatu yang dibenci Allah atau mengangkat apa yang direndahkan Pemiliknya."

O Allah..

Khulasoh dan inti pati yang tertulis dalam surat ini semua mengenai peringatan supaya tidak terpedaya dengan dunia,
Sahabatku fillah, jom kita renungkan bersama..
adakah kita hari ini sudah diserang dengan penyakit wahan (cintakan dunia).. na'uzubillah..
 Andai kita mengerti, betapa sakitnya penyakit ini, nescaya segala penawar kita cari untuk menyembuhkannya :)

"Dunia ini terkutuk dan terkutuk apa sahaja yang ada di dalamnya kecuali zikir kepada Allah dan apa sahaja yang berpihak kepada Allah"

#akunaksyurga# 

Thursday 31 January 2013

Oh my arabic!


Bismillah,

Al kisah seorang budak itu,

Dalam keheningan malam yang sunyi lagi sepi, hanya angin kipas dan tetes2 air (paip bocor,hehe) sahaja kedengaran, hafizah dengan penuh lemah lembut membelek satu per satu video2 yang telah beliau download, mungkin ada video yang masih belum habis didengari, getus hatinya.

Gulp! tiba-tiba bagaikan satu ilham menerpa minda Hafizah.
teringat ia pada satu video yang mampu membuat raut wajahnya tersenyum seketika,
lantas dengan pantas dicarinya video itu dan dimainkan dengan serta merta!
ternyata, dia senyum sendirian sambil menatap wajahnya dan mendengar suaranya sendiri.. :)

Dalam senyuman penuh makna itu, hati Hafizah terdetik akan kisah silamnya.
Beliau mengimbau kenangan lampau, betapa dirinya sangat lemah dalam bahasa arab, apatah lagi untuk bercakap dan berdebat dengan bahasa syurga itu!
teringat dia pada suatu malam sebelum peperiksaan nahu,
Hafizah meluahkan rasa bingung kepada kakaknya sambil menangis teresak-esak.

"kak, nahu ni ape benda? xfaham langsung la!"

lantas si kakak yang sangat penyabar menenangkan adiknya.
si kakak mengajar satu per satu tanpa jemu,
diberikan contoh dan jawapan dengan harapan adiknya bisa memahami madah itu,
Tapi.......... Hafizah masih memberontak!

"aargh! xfaham3!! :'( "

namun kakaknya sangat penyabar. Tak pernah sekali2 digertaknya si adik itu malah semakin bertungkus lumus beliau meneruskan pengajaran kepada adik bongsunya itu..( tq kak! )
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pertempuran bermula!

Dup dap dup dap!
Bila tiba hari peperiksaan, dengan bersahaja Hafizah melangkah ke dalam dewan. Ditoleh kekanan, kemudian ke kiri, menambahkan lagi kerisauannya. kawan2nya semua sudah bersedia menjawab peperiksaan, namun dia hanya menunggu masa sambil resah dijiwa tak pernah reda. Hanya tawakkal dan petunjuk ALLAH yang didamba..
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Result dah keluar! takutnya..
Tett... saat mendapat markah peperiksaan, dibeleknya berkali2..
eh, kertas aku ke ni? getus hati Hafizah..
aik, emm, eh? ok2.. aku yakin, btullah kertas aku! Hafizah bermonolog sendirian.
ape x percayanya, markah yang x disangka beb! 100% - 1%.. yang berbaki itulah markah yg diperoleh (cepat ambik kalkulator kira, eheh)
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dan kini, Hafizah menyambung pengajian di sebuah institusi yang menjadikan bahasa arab dan bahasa inggeris sebagai bahasa utama.. alhamdulillah..

wlaupun Hafizah bukannya belajar dalam jurusan agama, dia tetap menjadikan bahasa arab sebagai penyejuk telinga!

moral of the story,
  • ALLAH itu maha pemurah.. kalau kita nak pasti Dia akan bagi..persoalannya hanyalah kita nak @ x nak je.. Dr.Maza prnah sebut dalam kuliahnya, iblis minta supaya diperkenankan hajatnya sampai kiamat, Tuhan perkenan doa iblis itu, padahal derhaka betul iblis itu. Takkan hamba dia yang sembahyang minta dia xbagi. Tentu Dia bagi  :))
  • USAHA dan tawakkal itu yang utama. Jangan bersedih. ramai orang salah sanka maksud ketenangan dalam hidup. Ada masalah sikit, terus meraung dan merengek kesedihan.. No need k. Tenang dan usaha dan akhirnya tawakkal lah! 
  • BERKAWANLAH dan berjinak-jinaklah dengan bahas alquran dan bahasa syurga. Kata Syeikh Ali As Soubuni semasa menghadiri kuliahnya di UM akhir tahun lepas, belajarlah memahami bahasa arab, nescaya kamu mampu memahami agama dengan lebih baik dengannya..so, apa ragu2? xrugi :))


taddaa... ini hafizah!
gambar xjelas n gagap dipertengahan.. :)
xpe, asalkan menang..eheh

" Iblis minta supaya diperkenankan hajatnya sampai kiamat, Tuhan perkenan doa iblis itu, padahal derhaka betul iblis itu. Takkan hamba dia yang sembahyang minta dia xbagi. Tentu Dia bagi " -Dr.Maza  :))

juri yang faqih lagi osem! selalu menegur kesalahan kami  :)

my team :)

 "Belajarlah memahami bahasa arab, nescaya kamu mampu memahami agama dengan lebih baik dengannya " - Syeikh Ali As Soubuni

team fakulti sains dan teknologi (FST) :)

aiwah! mara FST..


Itu sahaja alkisah budak itu.. :)
terima kasih kepada semua kawan-kawan sekumpulan yang saling bantu membantu.
jika kali ini terhenti di semi final, moga lain kali mara ke final! aminn.. :)

#kemenangansemestinyamenjadiidamanwalauiatidakpunyakelebihan#
( peace! )


Wednesday 30 January 2013

Oh! yeke?


Bismillah..

Rasa nak update blog lah.. lalalalalala…
Sejujurnya, tangan ini bukan nya kreatif sangat dalam seni penulisan, tapi ….
It’s ok! I will try my best .. eheh

Kawan-kawanku fillah, sebenarnya, mahir @ x itu tidak lah penting untuk menghasilkan satu penulisan yang osem!  
Sbb blog ni bukan lah ruang yang hanya dijadikan untuk riadah fikri semata, tapi ianya medium yang harus digunakan sebaiknya untuk nashru fikr!


So, apa nk takut kalau kita x punya seni, yang penting isi yang nak disampaikan kepada pembaca itu yang penting.. maka tulislah sesuatu yang bermanfaat dengan IKHLAS .. InsyaAllah, lama kelamaan seni itu akan muncul.. :)

"Janganlah kita anggap blog kita sebagai satu tempat mengajar orang lain, tetapi lihatlah blog kita sebagai satu medan memperbaiki diri dan mengajak orang lain ke arah yang sama."
sampaikan walau satu ayat :)

that's all from me .. wait for my incoming entry k! :)

#sayaasmaalah#