Bismillah,
Al kisah seorang budak itu,
Dalam keheningan malam yang sunyi lagi sepi, hanya angin kipas dan tetes2 air (paip bocor,hehe) sahaja kedengaran, hafizah dengan penuh lemah lembut membelek satu per satu video2 yang telah beliau download, mungkin ada video yang masih belum habis didengari, getus hatinya.
Gulp! tiba-tiba bagaikan satu ilham menerpa minda Hafizah.
teringat ia pada satu video yang mampu membuat raut wajahnya tersenyum seketika,
lantas dengan pantas dicarinya video itu dan dimainkan dengan serta merta!
ternyata, dia senyum sendirian sambil menatap wajahnya dan mendengar suaranya sendiri.. :)
Dalam senyuman penuh makna itu, hati Hafizah terdetik akan kisah silamnya.
Beliau mengimbau kenangan lampau, betapa dirinya sangat lemah dalam bahasa arab, apatah lagi untuk bercakap dan berdebat dengan bahasa syurga itu!
teringat dia pada suatu malam sebelum peperiksaan nahu,
Hafizah meluahkan rasa bingung kepada kakaknya sambil menangis teresak-esak.
"kak, nahu ni ape benda? xfaham langsung la!"
lantas si kakak yang sangat penyabar menenangkan adiknya.
si kakak mengajar satu per satu tanpa jemu,
diberikan contoh dan jawapan dengan harapan adiknya bisa memahami madah itu,
Tapi.......... Hafizah masih memberontak!
"aargh! xfaham3!! :'( "
namun kakaknya sangat penyabar. Tak pernah sekali2 digertaknya si adik itu malah semakin bertungkus lumus beliau meneruskan pengajaran kepada adik bongsunya itu..( tq kak! )
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pertempuran bermula!
Dup dap dup dap!
Bila tiba hari peperiksaan, dengan bersahaja Hafizah melangkah ke dalam dewan. Ditoleh kekanan, kemudian ke kiri, menambahkan lagi kerisauannya. kawan2nya semua sudah bersedia menjawab peperiksaan, namun dia hanya menunggu masa sambil resah dijiwa tak pernah reda. Hanya tawakkal dan petunjuk ALLAH yang didamba..
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Result dah keluar! takutnya..
Tett... saat mendapat markah peperiksaan, dibeleknya berkali2..
eh, kertas aku ke ni? getus hati Hafizah..
aik, emm, eh? ok2.. aku yakin, btullah kertas aku! Hafizah bermonolog sendirian.
ape x percayanya, markah yang x disangka beb! 100% - 1%.. yang berbaki itulah markah yg diperoleh (cepat ambik kalkulator kira, eheh)
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dan kini, Hafizah menyambung pengajian di sebuah institusi yang menjadikan bahasa arab dan bahasa inggeris sebagai bahasa utama.. alhamdulillah..
wlaupun Hafizah bukannya belajar dalam jurusan agama, dia tetap menjadikan bahasa arab sebagai penyejuk telinga!
moral of the story,
- ALLAH itu maha pemurah.. kalau kita nak pasti Dia akan bagi..persoalannya hanyalah kita nak @ x nak je.. Dr.Maza prnah sebut dalam kuliahnya, iblis minta supaya diperkenankan hajatnya sampai kiamat, Tuhan perkenan doa iblis itu, padahal derhaka betul iblis itu. Takkan hamba dia yang sembahyang minta dia xbagi. Tentu Dia bagi :))
- USAHA dan tawakkal itu yang utama. Jangan bersedih. ramai orang salah sanka maksud ketenangan dalam hidup. Ada masalah sikit, terus meraung dan merengek kesedihan.. No need k. Tenang dan usaha dan akhirnya tawakkal lah!
- BERKAWANLAH dan berjinak-jinaklah dengan bahas alquran dan bahasa syurga. Kata Syeikh Ali As Soubuni semasa menghadiri kuliahnya di UM akhir tahun lepas, belajarlah memahami bahasa arab, nescaya kamu mampu memahami agama dengan lebih baik dengannya..so, apa ragu2? xrugi :))
taddaa... ini hafizah!
gambar xjelas n gagap dipertengahan.. :)
xpe, asalkan menang..eheh
" Iblis minta supaya diperkenankan hajatnya sampai kiamat, Tuhan perkenan doa iblis itu, padahal derhaka betul iblis itu. Takkan hamba dia yang sembahyang minta dia xbagi. Tentu Dia bagi " -Dr.Maza :))
|
juri yang faqih lagi osem! selalu menegur kesalahan kami :) |
|
my team :) |
"Belajarlah memahami bahasa arab, nescaya kamu mampu memahami agama dengan lebih baik dengannya " - Syeikh Ali As Soubuni
|
team fakulti sains dan teknologi (FST) :) |
|
aiwah! mara FST.. |
Itu sahaja alkisah budak itu.. :)
terima kasih kepada semua kawan-kawan sekumpulan yang saling bantu membantu.
jika kali ini terhenti di semi final, moga lain kali mara ke final! aminn.. :)
#kemenangansemestinyamenjadiidamanwalauiatidakpunyakelebihan#
( peace! )