Bismillah,
Hai manusia,
hargailah, rasailah dan kenalilah erti hidup ini dengan sebenar-benarnya..
agar kau mampu mengecapi bahagia!
Orang yang
tidak mengenali hikmat kejadian dirinya adalah lebih hina dari kasutnya sendiri, sebab kasut itu ada hikmat, sedang dia
tidak mengetahui hikmat ciptaan dan kewujudan dirinya sendiri.
Manusia pernah cuba mengenali hikmah keadiannya tetapi mereka gagal. Lalu salah seorang dari mereka bermadah,
Manusia pernah cuba mengenali hikmah keadiannya tetapi mereka gagal. Lalu salah seorang dari mereka bermadah,
جئت لا اعلم من اين ؟ ولكني أتيتولقد أبصرت قدامي طريقاٌ فمشيت...
وسأبقى سائر إن شئت هذا أم أبيت
كيف جئت ؟ كيف أبصرت طريقي ؟ لست أدريولماذا لست أدري-aku datang tanpa aku mengetahui dari mana, tetapi aku tetap (sudah) datang.Aku melihat jalan lalu aku berjalanAku tetap akan berjalan sama ada aku suka atau tdak suka.-bagaimanakah aku datang dan bagaimanakah aku melihat jalanku? Aku tidak tahu.Dan kenapa (demikian) aku tidak tahu? Aku tidak tahu!
Huh!!
Nampak tak betapa maksud madah itu menunjukkan seorang yang hidup di dunia ini
hanya untuk menunggu mati..
Tidak
mengerti apa tujuan hidup, apatah lagi matlamat, visi, misi, objektif dan
segala bagai lagi lah untuk hidup..
So,
ketahuilah oleh mu bahawasanya Allah tak pernah menjadikan sesuatu itu dengan sia2
apatah lagi kejadian manusia yang merupakan ahsana takwim (sebaik- baik
kejadian) !
Tapi sayang, ramai manusia hari ini tdak menghayati erti kehidupan sebenar yang digariskan dalam islam..
Dunia dijadikan habuan, Akhirat dijadikan bahan mainan! Astagfirullah...
amiin :) |
Ibnu Abu
Dunya menyebut, bahawa al-Hasan al-Basri menulis surat kepada Umar bin Abdul
Aziz.
Antara isi kandungan surat tersebut ialah,
“sesungguhnya dunia adalah negeri yang akan pergi dan tidak abadi. Adam diturunkan
kepadanya sebagai hukum baginya. Oleh itu, berhati-hatilah terhadapnya wahai
amirul mukminin. Sesungguhnya bekalan di dunia ialah dengan meninggalkannya dan
kaya di dalamnya ialah dengan tidak memilikinya."
"Berhati-hatilah terhadap dunia yang menipu, khianat dan memperdaya. Ia berhias dengan tipuan, berdandan dengan muslihat, membuat gila dengan angan-angan dan membuat rindu para pelamarnya sehingga ia menjadi seperti pengantin yang menjadi tumpuan perhatian "
"Dunia di sisi Allah tidak ada harga dan nilainya. Dia tidak melihat kepadanya sejak Dia menciptakannya. Sungguh dunia dengan kunci-kuncinya dan semua kekayaannya lebih rendah di sisi Allah dari sayap lalat pernah diperlihatkan kepada Nabi kita kemudian baginda menolaknya. Baginda tidak mencintai sesuatu yang dibenci Allah atau mengangkat apa yang direndahkan Pemiliknya."
O Allah.. |
Khulasoh dan inti pati yang tertulis dalam surat ini semua mengenai peringatan supaya tidak terpedaya dengan dunia,
Sahabatku fillah, jom kita renungkan bersama..
adakah kita hari ini sudah diserang dengan penyakit wahan (cintakan dunia).. na'uzubillah..
Andai kita mengerti, betapa sakitnya penyakit ini, nescaya segala penawar kita cari untuk menyembuhkannya :)
"Dunia ini terkutuk dan terkutuk apa sahaja yang ada di dalamnya kecuali zikir kepada Allah dan apa sahaja yang berpihak kepada Allah"
#akunaksyurga#